Wednesday, 27 June 2012

Kuku ada hari yg boleh potong :)

Rasulullah S.A.W. bersabda bermaksud:
Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, bersugi, berwangian jika memilikinya dan memakai pakaian yang terbaik, kemudian keluar rumah hingga sampai ke masjid, dia tidak melangkahi orang yang sudah bersaf, kemudian mengerjakan sembahyang apa saja (sembahyang sunat), dia diam ketika imam keluar (berkhutbah) dan tidak berkata-kata hingga selesai mengerjakan sembahyang, maka jadilah penebus dosa antara Jumaat itu dan Jumaat sebelumnya.
(Riwayat Ahmad).

URUTAN MEMOTONG KUKU!

RASULULLAH S.A.W bersabda yang ertinya:-
Barang siapa yang mengerat kukunya pada :
Hari Sabtu:Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.
Hari Ahad :Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.
Hari Isnin :Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat
Hari Selasa:Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
Hari Rabu :Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
Hari Khamis :Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

15 alasan DIA cuma kawan baik!

Assalamualaikum :)
hello semua. Alhamdulillah. peah masih berpeluang utk update blog yg dah berhabuk ni.. peah bz lah sayang oii. hahaha~ peah ade bnde nak share. its about 'LOVE' ecehh!
haaa. disini ade 15 alasan DIA cuma kawan baik....
Kalau difikirkan, mmg ade saje yg menjadi penghalang. Tapi, apabila bersame dengannya. hati berase tenang sangat.Adakah DIA hanya sesuai dijadikan teman baik ataupun kekasih???!!! haaa!



  1.  DIA boleh tergelak besar sewaktu kita menceritakan insiden diri mahu digoda oleh teman baiknya.
  2. Apabila bertentang mata dengannya, kita tidak merasa getaran cinta atau dada berdebar-debar.
  3. Setiap kali membuat temu janji dengan SI DIA, anda tidak pernah bersusah hati memikirkan soal baju, gaya tudung, solekan..
  4. Di mesin bayaran parkir  kereta,sekali lagi dia minta anda bayarkan dengan alasan tiada wang kecil.
  5. Kalau menonton filem luu atau mendengar DIA bercerita sesuatu yg kelakar, andi tidak malu malu untuk ketawa berdekah dekah. Anda adalah diri anda, walaupun perkenalan masih terlalu awal. 
  6. Di saat bercuti, kita tidak teringat langsung pada dirinya.
  7. SI DIA tidak malu malu meminta anda menggunakan duit anda membayar makan malam.
  8. Setiap kali mahu berhubung, DIA hanya akn 'missall' pada anda. Tanpa teragak agak, dia memberitahu kreditnya habis.
  9. Sewaktu anda menceritakan pengalaman putus cinta, DIA mendengar bersungguh sungguh tanpa beremosi.
  10. DIA juga tidak pernah bercakap atau memberi insyarat mengenai masa depan hubungan ini.
  11. DIA tidak berminat langsung utk mengetahui kisah pribadi anda seperti siapa ibu bapa,adik bradik berape orang,bila boleh jumpa parents u all.
  12. DIA tidak pernah ingat hari lahir anda. Bila disebut,barulah dia blanje makan. Itupun sekadar makan rojak ke, cendol ke.
  13. Habis glamor, DIA memberikan hadiah rantai atau penanda buku apabila balik bercuti.
  14. SI DIA tidak pernah mempelawa anda datang beraya ke rumahnya dan kalau datang beraya ke rumah anda, DIA akan membawa rakanya. 
  15. Setiap kali bertemu dengan rekan-rakanya, DIA hanya memperkenalkan anda ' ini KAWAN SAYA '...
haaa! ini je yg peah dapat bagi. kalau ade ciri ciri  ini. hahahaha! BERHATI-HATILAH! . yang penting....

jangan sampai jadi macam kata perpatah, 'PERIGI CARI TIMBA'. 

See full size image

Thursday, 10 May 2012

Tumit Kaki Pecah!


Rawat Tumit Pecah-Pecah

Cara mudah dan murah untuk menghilangkan pecah di tumit, sediakan kelapa yang diparut tidak terlalu halus dan sedikit garam.
Gaulkan kelapa bersama garam hingga sebati, tumit dan tapak kaki yang pecah itu hendaklah dicuci terlebih dahulu. 
Selepas itu sapukan kelapa bercampur garam pada tumit dan tapak kaki sambil menggosokkannya rata-rata. Kemudian cuci kaki hingga bersih. 
Amalkan petua ini tiga kali seminggu sebelum tidur.

Tuesday, 24 April 2012

Kawan Baru Seperti Kawan Lama!! =)

مرحبا = assalamualaikum!

Haa.. selamat menjengah blog si cik peah mulut murai ini!. hehe :)  Peah rase happy sangat sebab dapat kawan baru. haa! tapikan mcm dah lame kawan. best sangat kawan dengan mereka mereka ini..
Sahabat amat penting. kenape?. haa! peah taw sebab peah rase..
Perkara ni sebenarnye x disengajekan.. peah berkawan dengan seorang mamat ni. haha. mamat ni berkawan dengan 'kawannya'. kawannya couple dengan seorang minah ni!. haaa! sweet x perkenalan kami!. even ade 4 orang, tapi sangat meriah rasenye. bile x ade sorang, rase sunyi!.


lepas ni, semua akn pergi belajar jauh jauh!. buzy dengan assingment lg, ape lg...boringlah nanti.. entah bile pulak boleh jumpe. tapi peah sentiase mendoakan yg terbaik untuk kawan kawan peah ni haa!.
~ Nazirul Fahmi ~ Alya Husna Mustafa ~ Siti Maisarah ~ Ikhwan Fahmi~ 



* kawan kawan,
                        Peah harap kite kawan baik smpai bebile oke?. kalau ade ape ape masalah kite share. Sharing-is-Caring.. hahaha! :)  . Nak taw sumthing, first time Peah kenal korang. Peah 

rase happy sangat. dengan gelagat korang yg suke gelak sane sini. Peah harap, kamu sume happy kawan ngan Peah ni! =)