Monday, 24 March 2014

ALWAYS SUPPORT YOU

ASSALAMUALAIKUM. 
huh!! kenyang gila harini.. makan kat fine dining. haaa. gila kau. kau hadeee~ hahaha.
menu mmg awesome especially yg dessert tu :)


okay.. this is my server for my table. hensom boy right??. hek3x... thanks reserve meja even x cukup atas masalah teknikal... 


Actually, gambaq ni besaq betoi.. malu puleee. tapi, aku x kesah. aku lagi suka besaq. kalau kecik2 x nmpak lah muka aku tu kang.. hahahah. (perasan)
haa.. yang ni aku tengah tunggu waiter datang bawak menu. kerlasss!

okay fine.. geramnyaa.. gambar x jelas pulak. haa. ni first course.. namanya "salad withh bacon". 
(sebenarnya dah lupa namanya apa)


yang ni dipanggil "salad tossing area". haa. kalau French Service, dia akan prepare salad in front of customer. so, korang punya waiter akan buatkan.. ni waiter meja aku, sentiasa dihati aku.. hahaha.


this is "leeks potato soup". pada mulanya.. dengar nama pon dah mcm x lalu. x kan aku nak makan potato kot. mushroom boleh belah lagi. tapi....... bila dah makan.. mak aih. sedap weyhh. licin pinggan aq..air pon habis -.-' sebenarnya, saja ja aku bagi habis air banyak kali nak bagi waiter tu datang tuang air. boleh tengok muka dia.. hehehhe. 


andd!! sampailah masa yang ditunggu tunggu. this is main course.. ade pilihan. but, seabass always my choice. haa. yg ni namanya "grilled seabass". yg ni pon aq x ingat sangat namanya.panjang weyh.. tapi yang pentingnya.. sauce tu sedap. kena dengan grilled seabass tuh. 


part ni pon syiiioookk. waiter aku tu kene present sparkling utk customer and then baru bukak. okay.. sesiapa yang belajar dalam course aku ni dia paham lah. susah nak bukak sparkling depan customer. sebab, dia ada cara pegang, cara nk bukak, cara nak serve. kalau salah tu, mau terpelanting botol ngan penutup dia tu. haa. nk letak dalam glass pon ada caranya.. so, waiter aku did a good job :)

 this is our last course.. that is dessert "chocolate lava". yang ni mmg x boleh lupa wtuoo. smpai malam aq dok bayang2 bnde ni.. semua orang puji. fuh fuhh~
lepas makan.. kitorang tangkap gambar kat center piece...


tengah2 aku posing2, titba waiter aku datang dok belakang.. so, dapatlah aku bergambar dengan dia.. hehehe.. waiter aku tu adalah "si dia" aku.... hehehe.. ni adalah practical class commercial dia. so, aq ajk dak keals aq demi untuk support dia. and, Alhamdulillah. semuanya berjalan dengan baik...


and lastly.. ofcos nk kene tanggkap gambar aku. haa. so, aku pakai baju denim dress and tudung bawal color emerald green. ramai puji baju tu cantik.. so, komen pleasee :) hahahah...
sekian cerita fine dining aku... anyway, fine dining ni kita akan dapat first class service. so, rasanya bagus untuk korang try. tapi mahal nak mampus lah weyhh. RM 1000 dalam tangan baru boleh pergi. kat Malaysia ni ada 2 je kalau x silap.. Shangrila Hotel and hotel ape tah satu lagi tu. haa. hotel ni provide true fine dining. tp, please avoid yourself from liquor or arak :)
okay. sekian you ollssss~

TERIMA KASIH AWAK :)

ASSALAMUALAIKUM~

lama x tulis blog. almaklumlah...student life okaaayyy. haaa.. harini nk luahkan ape yg ada dalam hati ni.. Mulanya.... terima kasih Ya Allah atas setiap dugaan dan cabaran hidup yang makin hari makin mematangkan fikiran ini... Terima Kasih juga sebab hadirkan ".DIA." dalam hidupku... siapa dia?..

MUHAMMAD KHAFID BIN KAMARUDIN
si keding walaupun banyak makan. janggut kambing. manis~

Setelah lebih 2 tahun perkenalan kita, terlalu banyak kenangan yang kita lalui. ada manis, ada manis gila, ada pahit, ada yang pahit gila....tapi kenapa kita x pernah giveup with each other?. mungkin kerana kita sama. perasaan yang kita ada tu sama. haa. terima kasih sebab menjaga budak kecik yang nakal, kuat membebel, kuat gelak, kuat nangis (aku la tu :) hahaha... 
abang, terus terang nak cakap... awak seorang yang kuat. awak hadapi semuanya dengan fikirang positif awak. awak x de duit tp awak tenang, awak buat semua sendiri even kerja kumpulan tapi awak x merungut, awak sakit tapi awak tetap senyum bila depan ude, awak marah tp awak tetap tahan n x tunjuk marah awak.. 
Awak tabah hadapi kehidupan awak even awak tau tanggungjawab awak berpikul2. pasal nak sara keluarga, nak kawin, nak kehidupan yang cukup, nak bahagiakan semua orang yang awak sayang... tapi, awak tau.. uda yakin.. kekuatan awak membuatkan awak berjaya. yess! ternyata... result awak semakin hari semakin baik.. you got dekan last sem :)) ude melompat cerita kat keluarga ude.. awak taw?. x kan.. haaa.


yang ini satu lagi kejayaan awak yang lecturer awak bebetol applause kat awak... event besar.. but you did ur very best . part ni memang ude happy sangat... awak stress gila wat keje, tapi awak boleh datang rumah ude bawak makanan, dengar ude cerita even awak sibuk. and sorry ea sbb time tu ude mcm x memahami abg ke ape... sbb awak sibuk dari orang. tu la masalahnyee. hahaa.
But, ape puan zhu kata kat awak "khafid, you did a good job".. haa. montaj and everything is good.. TAHNIAH :)
ude akan cuba ikot ape yang awk buat... and, part 'pemikiran positif' tu lagilah kene ikot. supaya ude boleh sentiasa senyum macam awak even strees... 
THANK YOU FOR EVERYTHING <3

Saturday, 13 July 2013

Birthday girls~

warggggghhhhh~ Assalamualaikum. Hari yang indah adalah bila tiba hari jadi kite enn. Sebab semua orang meraikan kita. hehe. Alhamdulillah~

Hurmm. Memandangkan blog ni tempat hati ini berbicara, so nk sheshare sikit. (berbicaralah sangat kan).
Tepat pd hari jadi aku haritu, kawan kawan lame buat gathering pulak. Mmg kene sangat dah lah tu. hik3x. Tiba ja hari kelahiran aku tu, mama datang bilik wish birthday sambil peluk aku. weyhh, hati sapa ja x tersentuh. Memang menangislah. ya Allah... terima kasih :)


                                    haaa. tu dia.. minah ni lah punya birthday (aku la tu). hahaha.


kek ni mama yang buat :) hehehe.. haaa, kenape ade LAH and LYA?. sebab, hari tu jugak birtd=hday adik mama a.k.a mak njang aku.. ngerti?. heee.. 


hehehe.. Happy Birthday to you, happy birthday to Alya, happy birthday to you! 
(ignore bnde kat blakang tu, mama baru balik shopping kat kelantan)

Apa yang paling tepat ialah, waktu birthday kita...... ucaplah terima kasih dekat mama abah sebab, kalau bukan kerana mereka. siapalah saya didunia ini :') Thanks mamabah. loveyou! Waktu hari jadi aku haritu, bertapa gembiranya hati. dapat celebrate ngan family, dapat jugak celebrate ngan kawan kawan n jumpa si dia :) awchhhh. so suweet right.. ahahha. okay, tersengguk3 dah ni.. going to sleep. good nite alls


Terima kasih kerana membaca :)



Sunday, 19 May 2013

SEM SATU= DONE!!

Alhamdulillah. syukur. dah habis dah sem satu (padahal baru sem satu enn). hmmm. okay. pengalaman belajar dalam dunia university is not bad actually. ape yang kita belajar dalam sem ni dah x payah carry ke sem depan. x macam kat sekolah. blaja yang form 1,2 kne bawak masuk PMR form 3. kan?. lagi lagi utk orang yang paling malas dalam dunia macam aku ni (hiperbola sgt) mmg teruklah kalau mc tu. aiyaaa. haaa. satu lagi, belajar kat U ni, boleh pakai apa kau nak pakai. tapi make sure kau ikot peraturan sebab, klau x ikot peraturan ade saman okay. haaa! ingat polis je boleh bagi saman. yang pentingnye, kalau x bayar saman, result digantung. Perghhh! ade sesape suke? <--soalan bodoh. hahahha.

Alahaii. setakat ikot peraturan ringan2 tu ape masalhnye kan. jgn jadi remaja yang kuat memberontak. Kan kawan2, kan blogger, kan pakcik makcik, kan alya kan?. hahaha. Actually x susah pon nk ikot peraturan. sebab sejak dari sekolah rendah lagi kite dah biasa ngan peraturan. contohnye, pakai baju yang menutup aurat untuk ke kulia. haaa. simple kan?~

okay fine~ lari tajuk. haaa. tu lah org slalu panggil cik peah. klau cakap, susah nak berenti. hahaha. Hurmm. bila mngenangkan sem satu, rase kelakar pon ade. susah nak sesuaikan diri, kuliah jauh gila, everything buat sendiri, kawan kawan, assgment n lain2. tp, semua perkara boleh jadi mudah dengan 3 benda je. MASA, KAWAN, CINTA. haaaa. x caye sudah :p   kalau korang pandai handle, pasti success. trust me :)


hahahaha~ diaorang ini adalah sahabat gue. haaa thanks to all of you :)