Wednesday, 27 June 2012

15 alasan DIA cuma kawan baik!

Assalamualaikum :)
hello semua. Alhamdulillah. peah masih berpeluang utk update blog yg dah berhabuk ni.. peah bz lah sayang oii. hahaha~ peah ade bnde nak share. its about 'LOVE' ecehh!
haaa. disini ade 15 alasan DIA cuma kawan baik....
Kalau difikirkan, mmg ade saje yg menjadi penghalang. Tapi, apabila bersame dengannya. hati berase tenang sangat.Adakah DIA hanya sesuai dijadikan teman baik ataupun kekasih???!!! haaa!



  1.  DIA boleh tergelak besar sewaktu kita menceritakan insiden diri mahu digoda oleh teman baiknya.
  2. Apabila bertentang mata dengannya, kita tidak merasa getaran cinta atau dada berdebar-debar.
  3. Setiap kali membuat temu janji dengan SI DIA, anda tidak pernah bersusah hati memikirkan soal baju, gaya tudung, solekan..
  4. Di mesin bayaran parkir  kereta,sekali lagi dia minta anda bayarkan dengan alasan tiada wang kecil.
  5. Kalau menonton filem luu atau mendengar DIA bercerita sesuatu yg kelakar, andi tidak malu malu untuk ketawa berdekah dekah. Anda adalah diri anda, walaupun perkenalan masih terlalu awal. 
  6. Di saat bercuti, kita tidak teringat langsung pada dirinya.
  7. SI DIA tidak malu malu meminta anda menggunakan duit anda membayar makan malam.
  8. Setiap kali mahu berhubung, DIA hanya akn 'missall' pada anda. Tanpa teragak agak, dia memberitahu kreditnya habis.
  9. Sewaktu anda menceritakan pengalaman putus cinta, DIA mendengar bersungguh sungguh tanpa beremosi.
  10. DIA juga tidak pernah bercakap atau memberi insyarat mengenai masa depan hubungan ini.
  11. DIA tidak berminat langsung utk mengetahui kisah pribadi anda seperti siapa ibu bapa,adik bradik berape orang,bila boleh jumpa parents u all.
  12. DIA tidak pernah ingat hari lahir anda. Bila disebut,barulah dia blanje makan. Itupun sekadar makan rojak ke, cendol ke.
  13. Habis glamor, DIA memberikan hadiah rantai atau penanda buku apabila balik bercuti.
  14. SI DIA tidak pernah mempelawa anda datang beraya ke rumahnya dan kalau datang beraya ke rumah anda, DIA akan membawa rakanya. 
  15. Setiap kali bertemu dengan rekan-rakanya, DIA hanya memperkenalkan anda ' ini KAWAN SAYA '...
haaa! ini je yg peah dapat bagi. kalau ade ciri ciri  ini. hahahaha! BERHATI-HATILAH! . yang penting....

jangan sampai jadi macam kata perpatah, 'PERIGI CARI TIMBA'. 

See full size image

0 comments: